Rentetan peristiwa Peristiwa_Kampung_Medan

Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau mereka diserang. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.

Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.[7]

Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari.[8] 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian; 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 orang warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 3 orang India dan 34 orang Melayu.

98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Senjata-senjata lain ialah senjata buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapak dan kayu.[6]

Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.[6]

Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.[6]

Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa_Kampung_Medan http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.geocities.com/sounvx/klanglama2.htm //scholar.google.com/scholar?q=%22Peristiwa+Kampun... //www.google.com/search?&q=%22Peristiwa+Kampung+Me... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Peris... //www.google.com/search?q=%22Peristiwa+Kampung+Med... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Peristiwa+K... http://www.indianmalaysian.com/klanglama4.htm#boil http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/siasa...